Tuesday, March 31, 2009

Minggu Penghayatan Islam 09



Minggu Penghayatan Islam (MPI) 2009 telah diadakan baru-baru ini selama 5 hari berturut-turut bermula pada 7 Mac 2009 (Sabtu) dan berakhir pada 11 Mac 2009. Minggu tersebut dipilih sempena menyambut Hari Keputraan Nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w pada 12 Rabiul Awwal 1430 H (09 Mac 09).

Ana tidak terlibat secara langsung dengan mana-mana program sepanjang MPI, tapi saja melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti adik2. Cuba bantu apa yang dapat. Sama-sama tidur pukul 3 4 pagi nak siapkan kerja MPI. Tak banyak yang dapat dibantu, sekadar seadanya yang dapat dilakukan. Cumanya, apa yang penting adalah sokongan moral. Mungkin nampak ia tidaklah seberapa, tapi dengan suasana yang genting, dalam suasana tension & bengang, memang perlukan sokongan dari segi psikologi, supaya kita tidak rasa berseorangan dalam melaksanakan kerja-kerja tersebut. At least, kehadiran teman disisi sedikit sebanyak membantu menguatkan semangat untuk teruskan usaha walau banyak halangan yang datang dengan tiba-tiba.



Alhamdulillah, berkat kesabaran mereka berhadapan dengan karenah manusia, birokrasi, hasil dari keikhlasan mereka-mereka yang mukhlis, program MPI dapat berjalan dengan lancar seperti mana yang telah dirancangkan. Cumanya, memang ada beberapa peristiwa yang telah mencacatkan sedikit sebanyak kelancaran program MPI. Al-maklumlah, selagi mana perkara itu dipegang oleh manusia, selagi itulah kelemahan dan kekurangan itu tetap ada. Tidak sama dengan penciptaan-Nya, perancangan-Nya memang sempurna.

Hari pertama bermula dengan perasmian MPI oleh TNC Prof Fadhzil. Perasmi datang awal dan terpaksa menunggu beberapa ketika sebelum acara bermula. Kesian kat adik-adik, kalut jugak time tu (ana x hadir la coz dah pengsan kat bilik..demam). Malam tu pulak sesi diskusi ilmiah, "Kebangkitan Islam: Tanggungjawab siapa?". Tajuk yang begitu menarik membuatkan ana bersemangat untuk menghadirkan diri. Moderator yang dilantik cukup hebat berkata-kata (heheh..d'orator UNIMAS) membuatkan hadirin hadirat terus memberikan sokongan pada malam tersebut. Ahli panel 3 orang, 2 dari Kuala Lumpur, sorang lagi pensyarah Fakulti Kejuruteraan.

Keesokan harinya lagi diteruskan dengan bermacam-macam aktiviti, street socker, tulisan khat, nasyid, busana muslimah, tilawah & hafazan, dll. Dah x ingat sangat susun atur aktiviti. Yang pasti, malam penutupan MPI telah menjemput AMAR sebagai artis jemputan. Best jugak dapat tengok magic show yang dia buat, subhanalllah, suatu kelebihan yang Allah anaugerahkan pada dia.



Apapun ceritanya, moga usaha ini berterusan dan menjadi tradisi di Bumi Kenyalang nie. Biarlah Islam itu terus mekar seharum semerbak seperti di bumi anbia'. Moga-moga umat Islam di bumi Sarawak ini dapat faham dan amalkan tuntutan Islam sebenar dalam kehidupan seharian, kerana Islam itu memang untuk kita semua dari 'Dulu, Kini, dan Selamanya'. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha ini akan menjadi satu lagi langkah setapak maju ke hadapan dalam usaha mengembalikan sinar gemilang Islam di muka bumi dengan kalimah La ilaha illallah, Muhammad ar-Rasulullah!


Tertangkap jugak akhirnya...

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM 2009(MPI 09 UNIMAS)_ISLAM: DULU, KINI, DAN SELAMANYA

Monday, March 30, 2009

Tingkat Ilmu Tauhid


Dato' Syeikh Al-Haj Zakariah bin Al-Haj Ahmad Wan

Hadnya (Ta'rifnya)
Iaitu ilmu yang dibahaskan ketetapan pegangan kepercayaan kepada Allah Taala dan Rasul-Nya dan kitab-kitab-Nya dan lain-lainnya dengan dalil-dalil yang diyakini.

Maudu' (Tajuk Perbicaraannya)
Iaitu zat Allah dan Rasul-Nya daripada wajib, mustahil dan harus, dan segala yang ghaib yang didengarkan daripada kitab Allah dan perkhabaran Rasul seperti syurga, neraka dan lain-lainnya.

Yang Menghantarnya
Ialah Abu al-Hassan al-Asyari

Namanya
Ilmu tauhid, ilmu usuluddin, ilmu kalam, ilmu sifat, ilmu aqidah, ilmu aqa'id al-iman.

Ghoyah (Kelebihannya)
Membezakan antara aqidah yang benar dengan yang salah.

Hukum Mempelajarinya
Wajib 'aini atas tiap-tiap mukallaf.

Maksud atau Tujuannya
Iaitu beberapa masalah yang tsabit pada ilmu tauhid dengan dalil-dalil.

Istimdad (Tempat keluarnya atau ambilan ilmu ini)
Iaitu daripada al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.

Faedahnya
Ialah mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat

Nisbahnya dengan ilmu yang lain
Ilmu ini ialah asli bagi ilmu agama, ilmu-ilmu yang lain adalah cabang daripadanya.

Tuesday, March 17, 2009

Peluang Hanya Sekali


Peluang tidak akan datang berulang kali. Gunakanlah peluang yang diberi sebaiknya. Manfa'atkan sehabis baik agar kelak kita tidak akan menyesal di kemudian hari. Tapi penyesalan itu terlalu sinonim dengan makhluk yang bergelar insan. Makhluk yang sering alpa.

Kenangan semalam dijadikan pedoman untuk mencipta hari yang lebih baik pada hari ini. Maka beruntunglah mereka yang menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Masa terus berlalu dan usia juga terus berkurangan, semakin menghampiri saat kematian yang telah dijanjikan-Nya. Berdoalah kita selalu moga kematian kita dalam iman yang sempurna.

Sahabat, aku mengasihimu kerana agama yang ada pada mu. Aku menyayangimu kerana kefaqihan agama mu.

Monday, March 16, 2009

Tinta permulaan...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam yang Maha Berkuasa Maha Bijaksana mengatur segala apa yang ada di langit dan di bumi tanpa bantuan dari sesiapa pun. Tuhan yang tidak pernah sekali pun, dan selamanya tidak akan berhajat pada makhluk.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada-Nya, memberi peluang pada kita merasai ni'mat dari-Nya. Terutama sekali ni'mat terbesar iaitu ni'mat iman dan Islam. Hari ini juga, dengan qudrah dan iradah-Nya, kita masih dapat hidup dalam suasana yang boleh dikira aman. Aman dari gangguan fizikal, gangguan peperangan. Bunyian bom nuklear, tembakan M16, jet pejuang, letupan, dan asap pengeboman tidak kita rasai. Entah apa yang bermain di fikiran kita dengan suasana sebegini. Mungkin menambahkan kelalaian kita pada ni'mat duniawi, atau mungkin pada hati-hati yang suci, akan menambahkan keinsafan dalam jiwa, betapa lemahnya umat Islam kini. Umat yang terbaik yang Allah telah janjikan. Umat yang Allah telah angkat darjatnya di sisi-Nya, tapi umat itu sendiri yang menyombongkan diri. Angkuh hingga musuh-musuh Allah berpeluang memijak-mijak umat Islam yang semakin lemah. Lemah lantaran kekuatan cintanya pada dunia.

Janji Allah itu pasti. Islam, satu-satunya agama yang Allah redhai. Agama yang Allah pelihara buat selamanya. Islam pasti akan gemilang lagi.