Saturday, June 30, 2012

Bedak sejuk Oh bedak sejuk ^_^

TADAA...

Ehee..nie lah barang yang ana tunggu-tunggu hari tu. Set penjagaan wajah a.k.a bedak sejuk ;) Yang nie dari produk tempatan kita jugak, anak tempatan Pulau Langkawi. 100% menggunakan bahan  dari tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ulam-ulaman dan herba terpilih. InsyaAllah bebas dari bahan kimia. Nama produk nie FCU Miracle. Diorang ada macam-macam produk penjagaan badan. Luar dan dalam. Tapi ana pakai luaran sahaja dulu sebab untuk penjagaan dalaman, ana lebih pada penggunaan madu asli Khaula. Bestt..^_^

Yang dalam botol hijau tu serbuk pencuci muka 99 Face. Dalam kotak tu Miracle Mask yang berperanan sebagai bedak sejuk harian. Botol kecik coklat tu minyak pengasih Miracle Extra Moist yang berperanan sebagai pelembab kulit wajah. Bungkusan kertas coklat tu Neem Scrub untuk scrubkan muka 2 kali seminggu. Dan yang terakhir, dalam bungkusan plastik tu herba campuran untuk wap @ sauna. Hehe...yang last nie ana belum pernah pakai. Malas lagi..hehehe


Nie la cara pakai Miracle Mask a.k.a bedak sejuk. Bancuh dengan air sejuk dari peti ais untuk kesegaran yang berganda. Kalau berminat nak tahu lebih lanjut, boleh lah buka website produk nie ye. Macam-macam ada.. www.fcumiracle.com

Setakat nie ana dah pakai 4 hari berturut-turut. Ana pakaikan untuk Antie ngan adik sekali. Sejak ada barang nie, tugas ana setiap malam adalah menempekkan bedak sejuk ke muka mereka. Ala-ala buat facial bagai..hahah 

InsyaAllah kalau ada masa nanti, kita tengok hasil bedak sejuk nie ya. Kalau berminat nak cuba, boleh hubungi terus pada owner di talian 0192887938. Atau lebih mudah, like Facebook kak Nur Siti Fatimah di sini.. Kak Nur nie baik, rajin respond soalan-soalan yang kita tanya. Tapi kadang lambat sikit lah bila dia tengah sibuk.

Haha..diorang nie lah 'bahan' eksperimen ana untuk produk nie ^_^

Tuesday, June 26, 2012

Pos Laju Tawau ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Riang dalam hati setiap kali memesan barangan secara online. Ia buat ana ternanti-nanti kehadiran pak posto dari Pejabat Pos Malaysia cawangan Tawau. Orang Tawau mesti dah tahu pejabat tu letaknya di mana. Sekitar kawasan Sabindo Square, dekat dengan Masjid Besar Al-Kausar Tawau. 

Tapi kali ini, barang akan sampai ke alamat rumah. Tak perlu lagi kita turun ke pejabat pos untuk mengambil barang. Petugas mereka sendiri yang akan hantar barang pesanan terus ke muka pintu..( bukan muka buku..atau muka tak malu...heh )

Selain penghantaran ke muka pintu, Pejabat Pos Malaysia turut menyediakan satu aplikasi bagi memudahkan para pelanggan menyemak status semasa kiriman. Boleh buka link di sini

Lepas tu, isilah nombor tracking (ex: EM2685578818MY) dalam column dan ikut arahan seterusnya. Status penghantaran boleh semak selepas pukul 7 malam bermula hari barang diposkan. Kalau rajin macam ana boleh semak selalu dalam aplikasi web tu, tapi kalau malas, tunggu ja pak posto sampai depan rumah ;)
Contoh status; 
Nie lah contoh status barang kiriman kita :).. Dekat-dekat nak raya nie kan, (puasa pon belum lagi..) bagi saudara saudari yang merancang untuk berhari raya 2012 di perantauan, mesti korang nak minta kirim barang dari family masing-masing. So, boleh lah menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia berhad. Murah dan selamat. Perkhidmatan pos lain pun ada jugak, macam CityLink..ABX Express..etc. Tapi bila ana berada di Tawau nie, lebih selesa menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia Berhad berbanding perkhidmatan pos yang lain....

Best kan boleh main semak-semak bagai ^_^...Untuk perkhidmatan lain, korang boleh berhubung terus lah ke kaunter pejabat pos terdekat. Tanya dengan diorang. Ana kurang maklumat sebab ana bukan staff Pos Malaysia Berhad. Sekadar berkongsi pengalaman yang mungkin berguna jugak untuk korang. Pada pihak PMB, ana mohon maaf jika ada tersebar sebarang maklumat yang kurang tepat. Ana memang suka merapu...hehehe

Mood: Kalau PMB ada lowongan, jangan lupa inform pada ana jugak ^_^

Seperti yang ana janji ^__^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Selamat pagi semua :) Alhamdulillah, ana masih diberi peluang untuk melihat matahari pagi hari ini. Seperti biasa, selepas mengerjakan rutin harian, masa untuk merapu pulak..heheh

Best mood pagi-pagi nie walaupun dah dekat masuk waktu Zohor bagi kawasan Tawau, tapi waktu dhuha dah habes kot :) Bau segar dari aroma Air Wick Freshmatic Floral Bouquet meliputi segenap penjuru ruang bilik.. Hm..nama penuh ana letak supaya senang korang cari dekat mana-mana kedai. Try lah, memang sangat menyegarkan, lembut, tenang. Nie ana beli dekat pasaraya Parkwell a.k.a Servay Tawau dengan harga pasaran terkini RM15.50 dengan isian 280ml. Segar..rugi tak beli.. (nie dah macam iklan tak berbayar dah nie. X pa, perkhidmatan khas untuk orang-orang Tawau...ngainggg *_* )





hehe..tu lah dia. Kejap ye, azan Zohor dah berkumandang. Kejap lagi sambung merapu ;)

Sawang memenuhi rumah..hihihi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Hampir 2 tahun ana meninggalkan 'rumah' nie..sepi tanpa khabar berita (uceceh..ayat novel). Hehe..macam biasa, mood untuk berblogging sama macam air laut, selalu ada pasang surut...(tapi surut hari lepas agak lama jugak...hurm)

Penat jugak mengupdatekan rumah yang dah bersawang nie. Sampai dah kering idea nak touch-up.. Lain lah kalau ada yang sudi bagi idea..hihi

InsyaAllah esok ana akan mula merapu semula dalam blog kesayangan Sahabiahitqan :) Terima kasih buat semua pembaca, samada anda yang terserempak blog ana nie mahupun atas apa jua sebab pertemuan kita dalam dunia penulisan blog :)

Hujan yang semakin lebat kini seakan-akan memberi amaran pada ana untuk berhenti berehat. Andai masih ada peluang, esok kita akan berjumpa lagi....Daa ^__^




Mood: Tak sabar menanti barang baik dari 99 Kepulauan Langkawi ;)

Thursday, January 20, 2011

Jom Rehatkan Minda ^_^

Tanda-tanda anda menghadapi masalah MENTAL?
Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur.

Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala.

Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik.

Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan.

Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat.

Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat.

Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran terlalu sempit.

Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan.

Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda.

Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung.

Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat.

Keduabelas: Anda sentiasa merasa diri tersepit.

Ketigabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing.

Keempatbelas
: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas.

Kelimabelas dan akhir
:
ANDA SENTIASA MERASA...... .. KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT....... ..... SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH....... ......... ......... .HE...HE. ....HE...

Wednesday, January 19, 2011

Nilai berbeza

Suasana petang yang cukup mendamaikan jiwa, dengan angin yang menyapa lembut. Matahari semakin suram menandakan hari ini bakal berakhir. Seusai menunaikan hak Asar, hati terpanggil untuk berkebun di atas tanah yang hanya sekangkang kera. Asyik rasanya mencantas rumput-rumput yang sedang gelojoh membesar, menggembur-gemburkan tanah yang subur (walaupun tidak sesubur tanah Tawau..hehe), melihat cacing-cacing tanah yang sangat malu dan terus lari bersembunyi di dalam tanah setiap kali ana terjumpa 'mereka'. Terimbau kenangan zaman kanak-kanak di kampung. Dulunya ana semacam sudah terbiasa dengan kekotoran tanah dan kehadiran lipan-lipan kecil, tapi kini semacam telah ada sedikit perasaan takut dan geli. Paling seronok bila bapa menanam jagung manis, kacang tanah, dan ubi jalar. Ana orang paling rajin yang akan ke kebun setiap kali balik dari sekolah. Manisnya waktu itu untuk dikenang.

Tersentap seketika mendengar suara nyaring seorang wanita memarahi jiran sebelah rumah. Terpanggil untuk memahami keadaan, ada dapat lihat seorang wanita muda meleter jirannya kerana 'membuang' kucing yang dia jaga. Sebelum ini ada juga ana melihat kelibat kucing tersebut berlegar-legar di halaman rumah cuba mencari sedikit makanan untuk memenuhi tuntutan hidup sebagai haiwan. Melihatkan perut kucing tu 'kembung' pastilah kucing tu mengandung. Setiap hujung minggu ana balik ke Kuala Lumpur, jadi ana tak ambil tahu sangat tentang kucing mengandung tu.



Mendengarkan leteran wanita tu, tahu lah ana yang kucing tu dah pun melahirkan anak. Tetapi kenapa lelaki tu tergamak pisahkan ibu kucing dan anak-anak kucing yang baru sahaja melihat dunia ni?? Ana tak pasti apa alasan sebenar lelaki tu semacam tiada rasa belas kasihan, rasa sayang pada makhluk Tuhan yang serba kekurangan. Logik akal fikiran, macam mana lah anak kucing tu nak cari makanan untuk sambung hidup mereka? Ya Allah, hanya Kau mengetahui nasib anak-anak kucing tersebut tanpa ibu mereka di sisi. Sayu hati melihat manusia semacam tiada rasa sayang dalam hati, yang hanya mementingkan keselesaan diri sendiri. Kalau kucing tu mengganggu ketenangan hidup, apalah salahnya buang ibu dan anak-anak kucing tu bersama-sama. Jangan pisahkan mereka. Haiwan juga ada hak untuk hidup. Fikirkan analogy, lihat ibu adik kita yang baru lahir atau anak kita yang baru lahir. Sanggupkah kita biarkan bayi yang baru mengenal dunia itu berusaha mencari makanan untuk dirinya sendiri tanpa hadirnya ibu tersayang di sisi? Sayu hati bila manusia semakin hilang rasa kemanusiaan..



Manusia ada akal. Atas sebab itu dilantik menjadi khalifah bumi. Tuhan tak pilih pokok jadi khalifah, tak pilih binatang atau mana-mana makhluk lain. Tapi kenapa manusia menzalimi makhluk Allah?

Sunday, January 16, 2011

Ordinan Buruh Sabah


Kuasa Pelaksanaan

Kuasa dan bidang kuasa Jabatan Tenaga Kerja Sabah ditentukan berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan-peraturan seperti berikut:

A) Ordinan Buruh (Bab 67 Pindaan 2005)
B) Akta Pampasan Pekerja 1952
1. Workmen’s Compensation Regulation, 1953
2. Workmen’s Compensation (Insurance) Order, 1959
C) Akta Keterangan Kerja, 1953.
D) Akta Majlis Penetapan Gaji, 1949
E) Internal Security Act, 1960
F) Internal Security (Registration of Labour) Regulations, 1960
G) Akta (Sekatan) Kerja, 1968
H) Akta Agensi Pekerjaan Swasta, 1981
I) Konvesyen-konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
1. No.15 – Minimum Age (Trimmers and Stokers)
2. No.16 – Medical Examination of Young Persons (Sea)
3. No.29 – Forced Labour
4. No.50 – Recruiting of Indigenous Workers
5. No.64 – Contracts of Employment (Indigenous Workers).
6. No.65 – Penal Sanctions (Indigenous Workers)
7. No.81 – Labour Inspections.
8. No.86 – Contracts of Employment (Indigenous Workers)
9. No.88 – Employment Services.
10. No.94 – Labour Clauses (Public Contracts)
11. No.95 – Protection of Wages
12. No.97 – Migration for Employment (Revised)
13. No.98 – Right to Organize and Collective Bargaining.
14. No.119 – Guarding of Machinery.
15. No.1234 – Minimum Age (Underground Work)
16. No.138 – Minimum Age for Admission to Employment

Peraturan-peraturan Hubungan Industri 1980


Peraturan-Peraturan ini :

* Menetapkan kaedah tuntutan pengiktirafan kesatuan sekerja dikemukakan dan diproses di bawah seksyen 9 Akta Perhubungan Perusahaan, 1967.

* Menetapkan kaedah mengemukakan notis mogok dan lock-out di bawah seksyen 43 Akta berhubung 'perkhidmatan-perkhidmatan perlu'. Perkhidmatan perlu adalah mana-mana perkhidmatan yang ditetapkan di dalam Jadual Pertama, Akta Perhubungan Perusahaan, 1967.

Akta Perhubungan Perusahaan 1967


PENDAHULUAN

Sistem perhubungan perusahaan di negara ini beroperasi dalam rangka perundangan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 dan Peraturan-Peraturan Perhubungan Perusahaan, 1980 yang terpakai seluruh Malaysia. Tujuan Akta ini diwujudkan adalah untuk menetapkan dengan cara yang teratur perhubungan antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka dan mencegah serta menyelesai sebarang perselisihan atau pertikaian berbangkit dari perhubungan mereka dan amnya untuk mengendali pertikaian perusahaan.

Akta ini menggantikan kesemua undang-undang perhubungan perusahaan yang terdahulu tetapi masih terus menggalakkan konsep demokrasi dan self-government in industry dengan menyediakan perlindungan untuk hak yang sah, prerogatif dan kepentingan golongan majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka disamping mempastikan agar pertikaian-pertikaian diselesaikan dengan cepat dan saksama supaya kepentingan awam dan negara tidak terjejas. Sinopsis Akta ini adalah seperti berikut :

Bahagian I

Bahagian I Akta Perhubungan Perusahaan memberikan tafsiran beberapa istilah yang digunakan. Antaranya yang penting ialah tafsiran mogok yang di ertikan sebagai tindakan memberhentikan kerja yang dilakukan oleh sekumpulan pekerja yang bertindak secara bersatu, atau secara bersama-sama enggan atau keengganan untuk terus bekerja atau untuk menerima pekerjaan di bawah persefahaman bersama oleh bilangan pekerja, dan termasuklah apa-apa tindakan atau ketinggalan oleh sekumpulan pekerja yang bertindak bersama atau di bawah persefahaman bersama, yang dimaksudkan kepada atau menyebabkan apa-apa had, sekatan, pengurangan atau penamatan atau penangguhan perlakuan atau perlaksanaan kesemua atau mana-mana bahagian tugas yang bersangkutan dengan pekerjaan.

Bahagian II

Bahagian ini menjelaskan mengenai hak-hak pekerja dan majikan dan kesatuan sekerja mereka dan larangan ke atas pekerja, majikan serta kesatuan sekerja mereka berhubung beberapa tindakan tertentu seperti aktiviti anti-kesatuan, penganiayaan dan lain-lain amalan perburuhan yang tidak adil. Aduan mengenai perlanggaran sebarang peruntukan di bawah Bahagian ini boleh di buat secara bertulis kepada Ketua Pengarah yang boleh mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu untuk menyelesaikan aduan itu. Sekiranya ia tidak selesai, beliau hendaklah memberitahu Menteri Sumber Manusia yang akan merujukkan aduan itu ke Mahkamah Perusahaan untuk dibicarakan, jika difikirkan wajar.

Di bawah Seksyen 6 Akta ini, majikan hendaklah memberi kebenaran kepada pekerja bercuti untuk tempoh yang munasabah bagi menjalankan tugasnya sebagai pegawai kesatuan sekerja; juga suatu kemestian bagi majikan memberikan cuti bergaji jika ketidakhadiran pekerja itu adalah untuk mewakili ahli-ahli kesatuan sekerjanya berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan majikannya.

Bahagian III

Bahagian ini adalah berhubung soal pengiktirafan kesatuan sekerja. Ia menetapkan prosedur asas yang perlu dipatuhi dalam mengendalikan sesuatu tuntutan pengiktirafan. Sesebuah kesatuan sekerja tidak boleh menuntut pengiktirafan berhubung pekerja-pekerja yang digajikan dalam kapasiti pengurusan, eksekutif, kerahsiaan atau keselamatan, sekiranya majoriti dari keahliannya terdiri dari pekerja-pekerja yang bukan digajikan dalam mana-mana kapasiti tersebut. Sekiranya tuntutan itu tidak diselesaikan, perkara itu boleh dilaporkan secara bertulis kepada Ketua Pengarah yang akan mengambil langkah-langkah yang difikirkannya perlu untuk menyelesaikannya. Untuk tujuan ini, beliau dibekalkan kuasa di bawah seksyen 9(4B) untuk meminta kesatuan sekerja, majikan atau kesatuan sekerja majikan supaya mengemukakan maklumat yang perlu dan beliau boleh juga meminta Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja supaya memutuskan isu kelayakan kesatuan sekerja itu mewakili pekerja-pekerja berhubung tuntutan yang dibuat. Sekiranya perkara itu tidak selesai, Ketua Pengarah hendaklah memaklumkan Menteri Sumber Manusia supaya suatu keputusan dibuat. Keputusan ini termasuk suatu keputusan mengenai pekerja yang digajikan dalam kapasiti pengurusan, eksekutif, kerahsiaan atau keselamatan. Keputusan Menteri yang dibuat di bawah Bahagian ini adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Bahagian ini juga melarang :

* pekerja-pekerja dari mogok atau piket atas apa sebab sekalipun semasa menunggu keputusan prosiding di bawah Bahagian ini ataupun setelah keputusan dibuat oleh Menteri dan berlaku sebarang ketidakpuasan hati terhadap keputusan tersebut; dan

* majikan dari mengistihar lock-out atau menamatkan perkhidmatan pekerja (kecuali atas alasan tatatertib, persaraan, penamatan kontrak bertempoh tetap, pekerja dalam tempoh percubaan yang tidak disahkan dalam jawatan dan atas sebab perubatan), sebaik sahaja sebuah kesatuan sekerja bagi pekerja mengemukakan suatu tuntutan pengiktirafan secara bertulis kepada majikan.



Bahagian ini juga melarang kesatuan sekerja pekerja lain daripada membuat tuntutan pengiktirafan atau diberi pengiktirafan ke atas pekerja atau kelas pekerja yang sama sekiranya terdapat satu tuntutan pengiktirafan yang masih belum diselesaikan.

Bahagian IV

Bahagian ini menerangkan prosedur yang perlu diikuti dalam mengemukakan tuntutan gaji dan Perundingan Kolektif (collective bargaining) dan bentuk serta kandungan perjanjian kolektif.

Contohnya di bawah seksyen 13 (3), beberapa hak tertentu mengikut common law seperti kenaikan pangkat, pertukaran, penggajian, penamatan perkhidmatan atas sebab berlebihan pekerja atau penyusunan semula, pembuangan dan pemulihan kerja, penyerahan (assignment) atau penguntukan tugas, tidak boleh dimasukkan dalam cadangan-cadangan perjanjian kolektif oleh sebuah kesatuan sekerja.

Bahagian ini juga mempunyai peruntukan untuk menggalakan latihan, semakan tahunan sistem upah dan sistem gaji berdasrakan prestasi.

Bahagian V

Bahagian ini juga menggalakkan rundingan secara langsung antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka dalam menyelesaikan perselisihan. Peruntukan juga disediakan untuk menyelesaikan pertikaian perusahaan melalui rundingan damai dan arbitrasi dengan cepat dan saksama. Bahagian ini memperuntukkan :

* kuasa campurtangan Menteri Sumber Manusia merujuk sesuatu pertikaian, pada bila-bila masa ke Mahkamah Perusahaan; dan

* larangan mogok dan lock-out selepas sesuatu pertikaian perusahaan itu dirujukkan ke Mahkamah Perusahaan dan atas apa-apa perkara yang diliputi oleh perjanjian kolektif atau oleh award Mahkamah Perusahaa.

Bahagian ini adalah mengenai rujukan pertikaian perusahaan bagi pendamaian. Mana-mana pihak boleh membuat laporan kepada Ketua Pengarah mengenai sebarang pertikaian perusahaan yang tidak dapat diselesaikan antara mereka sendiri, untuk runding damai dan penyelesaian. Menteri pada bila-bila masa boleh campurtangan dalam sesuatu pertikaian perusahaan mengikut kehendaknya sendiri, jika difikirkan perlu. Bahagian ini juga memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengarahkan sesiapa juga yang terlibat atau ada kaitan dengan pertikaian itu sama ada secara langsung atau tidak langsung, untuk menghadiri mesyuarat runding damai dan untuk mengemukakan maklumat yang perlu berhubung dengan perkara yang dipertikaikan. Bahagian ini juga menetapkan siapa yang boleh mewakili pihak yang bertikai dalam prosiding runding damai. Seksyen 19(B)(2) bagaimanapun melarang perwakilan oleh peguambela, penasihat, perunding atau mana-mana orang lain.

Bahagian VI

Bahagian ini memperuntukkan bahawa sekiranya seseorang pekerja, tidak kira sama ada beliau menjadi ahli sebuah kesatuan sekerja ataupun sebaliknya, menganggap dirinya telah dibuang kerja oleh majikan tanpa sebab atau alasan yang adil, maka beliau boleh dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh pembuangan kerjanya, membuat representasi (rayuan) secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk dipulihkan ke pekerjaan asalnya. Sekiranya representasinya masih tidak selesai selepas langkah yang difikirkan perlu atau wajar untuk menyelesaikannya diambil oleh Ketua Pengarah, Menteri akan dimaklumkan mengenainya. Menteri boleh, jika difikirkannya wajar, merujuk perkara itu ke Mahkamah Perusahaan untuk diputuskan.

Bahagian VII

Bahagian ini khusus mengenai Mahkamah Perusahaan secara terperinci. Terdapat juga peruntukan di mana:

* pihak yang bertikai secara bersama memohon kepada Menteri supaya merujuk pertikaian mereka ke Mahkamah Perusahaan; dan

* Menteri, atas kehendaknya sendiri merujuk pertikaian perusahaan ke Mahkamah Perusahaan jika beliau berpuas hati bahawa ianya bermanfaat dengan syarat dalam kes pertikaian perusahaan yang melibatkan perkhidmatan Kerajaan atau Pihak Berkuasa Berkanun, rujukan sedemikian tidak boleh dilakukan melainkan dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri, mengikut yang mana terpakai.

Bahagian ini juga mengandungi peruntukkan bagi Mahkamah Perusahaan apabila membuat award di bawah subseksyen 20(3) mengambil kira faktor-faktor dalam Jadual Kedua.

Bahagian VIII

Bahagian ini adalah mengenai penubuhan dan perjalanan sebuah Jawatankuasa Siasatan (Committee of Investigation) atau sebuah Lembaga Siasatan (Board of Inquiry). Bahagian ini adalah untuk menangani isu atau pertikaian yang tidak sesuai dikendali mengikut cara atau kaedah penyelesaian yang lazim dan ia dianggap berguna dalam menggalakkan hubungan baik majikan-pekerja. Menteri diberi kuasa untuk melantik sebuah Jawatankuasa yang terdiri dari seorang anggota atau lebih seorang, ataupun sebuah Lembaga yang terdiri dari seorang Pengerusi dan orang tertentu yang Menteri fikirkan sesuai, untuk menyiasat fakta, sebab dan keadaan sesuatu pertikaian yang dirujuk ke badan itu dan untuk mengemukakan laporan. Sesuatu laporan dari Lembaga Siasatan perlu dibentangkan di Parlimen secepat mungkin.

Bahagian IX

Bahagian ini adalah berkaitan pertikaian perusahaan, piket, mogok dan lock-out dan perkara berbangkit darinya. Terdapat peruntukan di mana pelajar tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertikaian perusahaan dan mana-mana pelajar yang disabitkan kesalahan atau didapati melakukan sesuatu kesalahan di bawah Bahagian ini boleh dibuang sekolah. Bahagian ini juga menyebut bahawa intimidasi, dengan sengaja dan dengan niat jahat yang boleh menyebabkan kecederaan ke atas seseorang atau kerosakan hartanya adalah menyalahi undang-undang dan pelakunya boleh dikenakan hukuman.

Berpiket secara aman dan mengikut peraturan kerana meneruskan sesuatu pertikaian perusahaan adalah dibenarkan di bawah Bahagian ini asalkan tindakan berpiket itu dijalankan dekat atau berhampiran dengan tempat pekerjaan bagi pekerja tersebut dan dimana pertikaian perusahaan itu wujud. Ia akan menjadi haram apabila seseorang atau lebih dari seorang menghadiri atau berada dekat tempat pekerjaan di mana seseorang pekerja itu bekerja sekiranya dengan kehadiran sedemikian, disebabkan gaya atau bilangan mereka, bertujuan untuk mengancam seseorang di tempat itu ataupun untuk menghalang jalan keluar atau masuk atau untuk merosakkan keamanan. Seksyen 40 melarang piket dalam keadaan berikut :-

* semasa menunggu keputusan prosiding sebuah Lembaga Siasatan yang dilantik oleh Menteri di bawah Bahagian VIII dan tujuh hari selepas tamatnya prosiding tersebut;

* setelah sesuatu pertikaian perusahaan atau perkara dirujuk ke Mahkamah Perusahaan dan pihak yang berkenaan dengannya diberitahu mengenai rujukan tersebut;

* setelah Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri, dalam kes pertikaian perusahaan yang melibatkan mana-mana perkhidmatan Kerajaan atau Pihak Berkuasa Berkanun, tidak mengizinkan rujukan pertikaian itu ke Mahkamah Perusahaan dan pihak yang berkenaan dengannya telah diberitahu mengenainya

Bahagian ini juga mengenakan batasan tertentu ke atas mogok dan lock-out dalam ‘perkhidmatan perlu. Pekerja-pekerja dalam perkhidmatan perlu tidak boleh mogok dan majikan sedemikian tidak boleh mengistihar lock-out tanpa memberi notis dalam tempoh 42 hari kepada pihak yang satu lagi sebelum mengambil tindakan tersebut, dan dalam tempoh 21 hari dari pemberian notis atau sebelum luput tarikh yang dinyatakan dalam notis tersebut. Juga diwajibkan bagi majikan yang memberi atau menerima notis sedemikian untuk melaporkan butir-butir yang terdapat dalam notis tersebut kepada Ketua Pengarah. Seksyen 44 melarang mogok atau lock-out dalam keadaan berikut :-

* semasa menunggu keputusan prosiding sebuah Lembaga Siasatan yang dilantik oleh Menteri di bawah Bahagian VIII dan tujuh hari selepas tamatnya prosiding tersebut;

* setelah sesuatu pertikaian perusahaan atau perkara dirujuk ke Mahkamah Perusahaan dan pihak yang berkenaan dengannya diberitahu mengenai rujukan tersebut;

* setelah Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri, dalam kes pertikaian perusahaan yang melibatkan mana-mana perkhidmatan Kerajaan atau Pihak Berkuasa Berkanun, tidak mengizinkan rujukan pertikaian itu ke Mahkamah Perusahaan dan pihak yang berkenaan dengannya telah diberitahu mengenainya;

* terhadap apa-apa perkara yang diliputi oleh sebuah perjanjian kolektif yang telah diiktiraf oleh Mahkamah Perusahaan atau diliputi oleh sesuatu award; dan

* terhadap mana-mana perkara yang diliputi di bawah seksyen 13(3) dan disenaraikan sebagai prerogatif pengurusan.

Mogok atau lock-out yang diistiharkan bertentangan dengan Bahagian ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, atau ia mempunyai sebarang objek selain dari meneruskan pertikaian perusahaan antara pekerja dan majikan berkenaan, adalah haram. Adalah juga menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang memberi bantuan kewangan secara langsung bagi meneruskan atau menyokong sebarang mogok atau lock-out yang haram. Kesalahan-kesalahan di bawah Bahagian ini adalah kesalahan yang boleh ditangkap dan tidak dibenarkan ikat-jamin. Di bawah seksyen 52, dinyatakan bawah Bahagian II, III, IV, V dan VI iaitu bahagian yang berhubung dengan Perlindungan Hak Pekerja, Majikan dan Kesatuan Sekerja mereka, Pengiktirafan dan Skop Perwakilan Kesatuan Sekerja, Perundingan Kolektif dan Perjanjian Kolektif, Runding Damai dan Representasi Terhadap Pembuangan Kerja adalah tidak terpakai kepada mana-mana perkhidmatan Kerajaan atau Pihak Berkuasa Berkanun atau kepada mana-mana pekerja yang digaji oleh mereka.

Bahagian IXA

Bahagian ini memperuntukkan perkara-perkara khusus yang berhubungan dengan penyiasatan dan pendakwaan. Antara peruntukkan yang ada dalam bahagian ini ialh kuas perlantikan Pegawai Penyiasat dan kuasa-kuasanya.

Bahagian X

Bahagian ini mengandungi peruntukan pelbagai yang antara lain, berkaitan dengan prosedur yang perlu diikuti dalam kes ketidakpatuhan award atau perjanjian kolektif yang telah diiktiraf oleh Mahkamah Perusahaan, penguatkuasaan perintah-perintah yang berikutan darinya dan penalti am kerana pelanggaran seksyen tertentu Akta.

Pelanggaran seksyen 59 menjadikan ia satu kesalahan untuk memecat pekerja atau mencederakan atau mengancam untuk mencederakannya dalam pekerjaannya atau mengubah atau mengancam untuk mengubak kedudukannya sehingga memudaratkannya dengan sebab hal-keadaan tertentu.

Majikan yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen ini adalah melakukkan kesalahan dan apabila disabitkan, dihukum penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.

Keharmonian Perusahaan tidak boleh dikendalikan tanpa peranan dua undang-undang penting iaitu Akta Kerja 1955 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Bersama-sama dengan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 ia menjadi ssas bagi sistem Perhubungan Perusahaan di Malaysia.

Nota:
Industrial Relations Act 1967 (ACT 177) & Regulations boleh didapati dari:
Percetakan Nasional Malaysia Berhad,
Jalan Chan Sow Lin,
50554 Kuala Lumpur.
Tel : 603-92212022


atau Kedai buku utama di Malaysia
Sumber: http://jpp.mohr.gov.my/

Monday, January 3, 2011

Baru..atau memperbaharui?

Tahun 1431 hijrah telah meninggalkan ana dan kita semua. Begitu juga dengan tahun 2010 yang baru sahaja mengundurkan 'dirinya'. Pelbagai cerita, bermacam-macam kisah yang telah terlakar dalam kehidupan lalu kita masing-masing. Semua punya sebab dan punca. Teringat seketika tentang kisah Imam as-Syafie tika menasihati anak-anak didiknya tentang perkara yang paling jauh dalam hidup kita, perkara yang telah berlaku. Peristiwa semalam semakin jauh kita tinggalkan dan tidak mungkin akan kembali. Bergantung pada diri kita untuk mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku atau tidak.


Serasa ana telah membazirkan 24 tahun masa peminjaman akal minda, jasad dan kudrat dari Ilahi. Entah sampai bila Dia akan memberi tempoh untuk ana menggunakan anugerah dari-Nya. Berapa masa lagi yang ana perlu bazirkan untuk tidak memikirkan misi kehidupan ini? Berapa lama lagi ana harus tunggu dan terus menanti untuk bertindak melaksanakan tugas yang telah diberi?
Setiap diri kita punyai misi, tugas kita adalah menemukan dan menjalaninya.



Allah berfirman
“Maka apakah kalian mengira bahwa sesungguh Kami menciptakan kalian secara main-main dan bahwa kalian tdk akan dikembalikan kepada Kami?”

Wednesday, August 12, 2009

Bingkisan Fikrah Untuk Pejuang

"dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama-Nya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatnya) Dialah sahaja sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan."



Pemuda, peringkat pertengahan kehidupan. Penuh cabaran, dugaan, dan mehnah dalam perjuangan meneruskan kesinambungan kehidupan menuju matlamat yang telah ditentukan Ilahi. Namun kejernihan fikiran, kemurnian aqidah, kemantapan iman, keterusan amalan, dan keutuhan perjuangan mesti dikongsi bersama insan hamba Tuhan.
Fikrah penentu masa depan, jernih atau keruh sesuatu fikrah menjadi bandingan. Satu perjuangan memerlukan kesatuan fikrah, kesatuan fikrah pula menghasilkan kesatuan amal. Pemimpin menetapkan suatu keputusan, ahli menerima penuh wala' dengan taklifan.
Tamadun moden yang dinikmati banyak menjerumus masyarakat ke lembah kehinaan, justeru tamadun yang memberatkan material yang lompang dari unsur spiritual. Pemuda perlu menggalas tugas mendepani tahaddiyat demi menuju ke satu matlamat yang diredhai Allah.
Kalaulah ada sepuluh pemuda seperti Salehuddin al-Ayubi dan juga Sultan Muhammad al-Fatih, nescaya mereka mampu menggoncang dunia, nescaya Allah pasti akan memberikan kemenangan..

Ustaz Nasrudin Hj. Hassan At-Tantawi

Thursday, April 30, 2009

Ayah..Abah..Abi..Bapa


ketika berjauhan,
masihku rasa hangat kasihmu ayah,
betapaku rindukan redup wajahmu,
hadir menemaniku..

terbayang ketenangan,
yang selalu kau pamerkan,
bagaikan tiada keresahan..

walau hatimu sering terluka,
tika diriku terlanjur kata,
tak pernah sekali kau tinggalkan,
diriku sendirian..

ketikaku dalam kedukaan,
kau mendakap penuh pengertian,
disaat diriku kehampaan,
kau setia mengajarku,
erti kekuatan..

terpancar kebanggaan,
dalam senyummu,
melihatku berjaya,
bilaku kegagalan,
tak kau biarkan,
aku terus kecewa..

dengan kata azimat,
engkau nyalakan semangat,
restu dan doa kau iringkan..

walau hatimu sering terluka..

tak dapatku bayangkan,
hidupku ayah,
tanpa engkau disisi,
semua kasih sayang,
yang kau curahkan,
tersemat dihati...


Coretan Sepanjang MPI 09

Perarakan: Sambutan Maulidur Rasul 1430

Kolej Sakura

Kolej Perubatan

Kolej Allamanda

Kolej Kenaga

Pasukan Kompang

Forum: Kebangkitan Islam Tanggungjawab Siapa?

Abg Mahathir jadi moderator


Hadirat

Hadirin


Baby pun datang gak, tapi dy dah ngatuk...cian


Monday, April 27, 2009

Ini Sejarah Kita



Muqaddimah
Zaman Jahiliyyah
Zaman Mekah
Zaman Madinah
Era Khulafa' Ar-Rasyidin
Era Bani Umayyah
Era Bani Abbas
Era Uthmaniyyah
Kebangkitan Islam
Formula Kebangkitan
Multimedia


Kenangan UNIMAS

Tiga tahun study in UNIMAS dalam bidang Human Resource Development. Pelbagai perkara yang telah dilalui. Pelbagai ragam manusia juga ditemui. Moga-moga dengan apa yang telah berlaku, dapat mematangkan diri ini yang selalu berkelakuan seperti keanak-anakan. + emotional tanpa kawalan ;>

Ingat lagi ketika tahun pertama berada dengan kenalan UNIMAS. Ana memberanikan diri untuk terlibat dengan Kelab De'orator UNIMAS. Tak pernah terlintas sekali pun untuk terlibat dengan perkara debat nie. Ntah angin apa yang datang, tetiba nak join. Tapi yang pasti itulah perancangan Allah.
Seronok gak bila dapat peluang untuk bercakap. Rasa dah tak nak berhenti bercakap bila dah dapat peluang untuk bercakap. Tapi bila teringat balik yang Allah akan pertanggungjawabkan pada kita atas tiap apa yang kita ucap di akhirat kelak, insaf kejap..heheheh
Apa yang penting, dalam debat nie bukanlah sekadar bual kosong. Bagi ana, debat nie mengajar dan menggalakkan kita untuk lebih peka dengan suasana sekeliling. Asah ketajaman berfikir dalam memahami sesuatu perkara. Kita melihat bukan sekadar apa yang ada di depan mata, tapi meluaskan pemikiran pada perkara lain yang lebih aula. Adakalanya, apa yang kita lihat bukanlah apa yang sebenarnya berlaku. Kerana itulah kita perlu mengkaji dan menyelidik sendiri dengan sumber-sumber yang sahih supaya kita tidak menghukum sesuatu tanpa ilmu. Dalam debat, inilah yang menjadi kekuatan pada seseorang speaker dewan. Berhujah dengan ilmu, bukan dengan emosi. Cakap bukan sekadar berdegar-degar habuk pun tadak, tapi usul diketengahkan dengan ilmu dan fakta. Bukannya auta ;>


Royal Debate 2006. UNIMAS jadik tuan rumah

De'orator dah pun ditinggalkan. Kenapa? Biarlah rahsia.....

Hm..nie plak pasai obi ;p Keta spot..hehehe. Kolej sakura pernah adakan Car Show. Wau! Teruja sket bila tengok Celica depan mata. Berbunga-bunga hati bila dapat naek keta idaman ;p Banyak lagilah keta yang di'show'kan. Suma keta yang dah di'modified'kan. Waja jadik Subaru. Kancil jadik Skyline. Proton jadik Sauber.
Time tu, budak2 dari asrama anak yatim dijemput. Actually, program tu bukanlah Car Show semata-mata, tapi program kolej Sakura. Macam-macam aktivitilah yang dibuat melibatkan pelajar asrama anak-anak yatim tu. Suka sangat bila tengok diorang apy. Terfikir kat kepala, andai kata aku yang ditakdirkan menjadi mereka??
Ya Allah, bertuahnya aku masih mempunyai ibubapa, kakak-kakak, adik-adik...


Nie time p rehlah. Perkenalan pertama dengan beberapa sahabat. Dapat kenal Atiqah, Fazhonah, kak Nurul. Dapat bermesra dengan kak Farhana, kak Aini, Mira, kak Sya, and kak Syuadah. P satu keta dengan dorang kak Farhana. Sepanjang perjalanan pergi dan balik tu, keja melalak je dalam keta..hehehe. Menggunakan peluang untuk belajar sedikit tentang tarannum bayati dengan kak Farhana. Time tu jugak ana duk telalak dengan lagu Salamun Salam. Siap telinga dorang. Tepaksalah pekakkan telinga dengan suara sumbang ana kehkehkeh...tersengih sendiri bila ingat kenangan tu. Rindu plak dengan kak Farhana. Xpe, konvo karang, jumpa balik dengan dorang.
Nie duk menyibuk dengan konvo kakak-kakak senior tahun lepas. Tak sabar-sabar nak konvo lah kot. Xpa, insyaAllah bulan Ogos 2009, ana sendiri yang akan konvo...hehehe
InsyaAllah panjang umur dapatlah hadiri sidang konvo tu nanti.

Tuesday, March 31, 2009

Minggu Penghayatan Islam 09



Minggu Penghayatan Islam (MPI) 2009 telah diadakan baru-baru ini selama 5 hari berturut-turut bermula pada 7 Mac 2009 (Sabtu) dan berakhir pada 11 Mac 2009. Minggu tersebut dipilih sempena menyambut Hari Keputraan Nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w pada 12 Rabiul Awwal 1430 H (09 Mac 09).

Ana tidak terlibat secara langsung dengan mana-mana program sepanjang MPI, tapi saja melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti adik2. Cuba bantu apa yang dapat. Sama-sama tidur pukul 3 4 pagi nak siapkan kerja MPI. Tak banyak yang dapat dibantu, sekadar seadanya yang dapat dilakukan. Cumanya, apa yang penting adalah sokongan moral. Mungkin nampak ia tidaklah seberapa, tapi dengan suasana yang genting, dalam suasana tension & bengang, memang perlukan sokongan dari segi psikologi, supaya kita tidak rasa berseorangan dalam melaksanakan kerja-kerja tersebut. At least, kehadiran teman disisi sedikit sebanyak membantu menguatkan semangat untuk teruskan usaha walau banyak halangan yang datang dengan tiba-tiba.



Alhamdulillah, berkat kesabaran mereka berhadapan dengan karenah manusia, birokrasi, hasil dari keikhlasan mereka-mereka yang mukhlis, program MPI dapat berjalan dengan lancar seperti mana yang telah dirancangkan. Cumanya, memang ada beberapa peristiwa yang telah mencacatkan sedikit sebanyak kelancaran program MPI. Al-maklumlah, selagi mana perkara itu dipegang oleh manusia, selagi itulah kelemahan dan kekurangan itu tetap ada. Tidak sama dengan penciptaan-Nya, perancangan-Nya memang sempurna.

Hari pertama bermula dengan perasmian MPI oleh TNC Prof Fadhzil. Perasmi datang awal dan terpaksa menunggu beberapa ketika sebelum acara bermula. Kesian kat adik-adik, kalut jugak time tu (ana x hadir la coz dah pengsan kat bilik..demam). Malam tu pulak sesi diskusi ilmiah, "Kebangkitan Islam: Tanggungjawab siapa?". Tajuk yang begitu menarik membuatkan ana bersemangat untuk menghadirkan diri. Moderator yang dilantik cukup hebat berkata-kata (heheh..d'orator UNIMAS) membuatkan hadirin hadirat terus memberikan sokongan pada malam tersebut. Ahli panel 3 orang, 2 dari Kuala Lumpur, sorang lagi pensyarah Fakulti Kejuruteraan.

Keesokan harinya lagi diteruskan dengan bermacam-macam aktiviti, street socker, tulisan khat, nasyid, busana muslimah, tilawah & hafazan, dll. Dah x ingat sangat susun atur aktiviti. Yang pasti, malam penutupan MPI telah menjemput AMAR sebagai artis jemputan. Best jugak dapat tengok magic show yang dia buat, subhanalllah, suatu kelebihan yang Allah anaugerahkan pada dia.



Apapun ceritanya, moga usaha ini berterusan dan menjadi tradisi di Bumi Kenyalang nie. Biarlah Islam itu terus mekar seharum semerbak seperti di bumi anbia'. Moga-moga umat Islam di bumi Sarawak ini dapat faham dan amalkan tuntutan Islam sebenar dalam kehidupan seharian, kerana Islam itu memang untuk kita semua dari 'Dulu, Kini, dan Selamanya'. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha ini akan menjadi satu lagi langkah setapak maju ke hadapan dalam usaha mengembalikan sinar gemilang Islam di muka bumi dengan kalimah La ilaha illallah, Muhammad ar-Rasulullah!


Tertangkap jugak akhirnya...

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM 2009(MPI 09 UNIMAS)_ISLAM: DULU, KINI, DAN SELAMANYA