Wednesday, August 12, 2009

Bingkisan Fikrah Untuk Pejuang

"dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama-Nya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatnya) Dialah sahaja sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan."



Pemuda, peringkat pertengahan kehidupan. Penuh cabaran, dugaan, dan mehnah dalam perjuangan meneruskan kesinambungan kehidupan menuju matlamat yang telah ditentukan Ilahi. Namun kejernihan fikiran, kemurnian aqidah, kemantapan iman, keterusan amalan, dan keutuhan perjuangan mesti dikongsi bersama insan hamba Tuhan.
Fikrah penentu masa depan, jernih atau keruh sesuatu fikrah menjadi bandingan. Satu perjuangan memerlukan kesatuan fikrah, kesatuan fikrah pula menghasilkan kesatuan amal. Pemimpin menetapkan suatu keputusan, ahli menerima penuh wala' dengan taklifan.
Tamadun moden yang dinikmati banyak menjerumus masyarakat ke lembah kehinaan, justeru tamadun yang memberatkan material yang lompang dari unsur spiritual. Pemuda perlu menggalas tugas mendepani tahaddiyat demi menuju ke satu matlamat yang diredhai Allah.
Kalaulah ada sepuluh pemuda seperti Salehuddin al-Ayubi dan juga Sultan Muhammad al-Fatih, nescaya mereka mampu menggoncang dunia, nescaya Allah pasti akan memberikan kemenangan..

Ustaz Nasrudin Hj. Hassan At-Tantawi

Thursday, April 30, 2009

Ayah..Abah..Abi..Bapa


ketika berjauhan,
masihku rasa hangat kasihmu ayah,
betapaku rindukan redup wajahmu,
hadir menemaniku..

terbayang ketenangan,
yang selalu kau pamerkan,
bagaikan tiada keresahan..

walau hatimu sering terluka,
tika diriku terlanjur kata,
tak pernah sekali kau tinggalkan,
diriku sendirian..

ketikaku dalam kedukaan,
kau mendakap penuh pengertian,
disaat diriku kehampaan,
kau setia mengajarku,
erti kekuatan..

terpancar kebanggaan,
dalam senyummu,
melihatku berjaya,
bilaku kegagalan,
tak kau biarkan,
aku terus kecewa..

dengan kata azimat,
engkau nyalakan semangat,
restu dan doa kau iringkan..

walau hatimu sering terluka..

tak dapatku bayangkan,
hidupku ayah,
tanpa engkau disisi,
semua kasih sayang,
yang kau curahkan,
tersemat dihati...


Coretan Sepanjang MPI 09

Perarakan: Sambutan Maulidur Rasul 1430

Kolej Sakura

Kolej Perubatan

Kolej Allamanda

Kolej Kenaga

Pasukan Kompang

Forum: Kebangkitan Islam Tanggungjawab Siapa?

Abg Mahathir jadi moderator


Hadirat

Hadirin


Baby pun datang gak, tapi dy dah ngatuk...cian


Monday, April 27, 2009

Ini Sejarah Kita



Muqaddimah
Zaman Jahiliyyah
Zaman Mekah
Zaman Madinah
Era Khulafa' Ar-Rasyidin
Era Bani Umayyah
Era Bani Abbas
Era Uthmaniyyah
Kebangkitan Islam
Formula Kebangkitan
Multimedia


Kenangan UNIMAS

Tiga tahun study in UNIMAS dalam bidang Human Resource Development. Pelbagai perkara yang telah dilalui. Pelbagai ragam manusia juga ditemui. Moga-moga dengan apa yang telah berlaku, dapat mematangkan diri ini yang selalu berkelakuan seperti keanak-anakan. + emotional tanpa kawalan ;>

Ingat lagi ketika tahun pertama berada dengan kenalan UNIMAS. Ana memberanikan diri untuk terlibat dengan Kelab De'orator UNIMAS. Tak pernah terlintas sekali pun untuk terlibat dengan perkara debat nie. Ntah angin apa yang datang, tetiba nak join. Tapi yang pasti itulah perancangan Allah.
Seronok gak bila dapat peluang untuk bercakap. Rasa dah tak nak berhenti bercakap bila dah dapat peluang untuk bercakap. Tapi bila teringat balik yang Allah akan pertanggungjawabkan pada kita atas tiap apa yang kita ucap di akhirat kelak, insaf kejap..heheheh
Apa yang penting, dalam debat nie bukanlah sekadar bual kosong. Bagi ana, debat nie mengajar dan menggalakkan kita untuk lebih peka dengan suasana sekeliling. Asah ketajaman berfikir dalam memahami sesuatu perkara. Kita melihat bukan sekadar apa yang ada di depan mata, tapi meluaskan pemikiran pada perkara lain yang lebih aula. Adakalanya, apa yang kita lihat bukanlah apa yang sebenarnya berlaku. Kerana itulah kita perlu mengkaji dan menyelidik sendiri dengan sumber-sumber yang sahih supaya kita tidak menghukum sesuatu tanpa ilmu. Dalam debat, inilah yang menjadi kekuatan pada seseorang speaker dewan. Berhujah dengan ilmu, bukan dengan emosi. Cakap bukan sekadar berdegar-degar habuk pun tadak, tapi usul diketengahkan dengan ilmu dan fakta. Bukannya auta ;>


Royal Debate 2006. UNIMAS jadik tuan rumah

De'orator dah pun ditinggalkan. Kenapa? Biarlah rahsia.....

Hm..nie plak pasai obi ;p Keta spot..hehehe. Kolej sakura pernah adakan Car Show. Wau! Teruja sket bila tengok Celica depan mata. Berbunga-bunga hati bila dapat naek keta idaman ;p Banyak lagilah keta yang di'show'kan. Suma keta yang dah di'modified'kan. Waja jadik Subaru. Kancil jadik Skyline. Proton jadik Sauber.
Time tu, budak2 dari asrama anak yatim dijemput. Actually, program tu bukanlah Car Show semata-mata, tapi program kolej Sakura. Macam-macam aktivitilah yang dibuat melibatkan pelajar asrama anak-anak yatim tu. Suka sangat bila tengok diorang apy. Terfikir kat kepala, andai kata aku yang ditakdirkan menjadi mereka??
Ya Allah, bertuahnya aku masih mempunyai ibubapa, kakak-kakak, adik-adik...


Nie time p rehlah. Perkenalan pertama dengan beberapa sahabat. Dapat kenal Atiqah, Fazhonah, kak Nurul. Dapat bermesra dengan kak Farhana, kak Aini, Mira, kak Sya, and kak Syuadah. P satu keta dengan dorang kak Farhana. Sepanjang perjalanan pergi dan balik tu, keja melalak je dalam keta..hehehe. Menggunakan peluang untuk belajar sedikit tentang tarannum bayati dengan kak Farhana. Time tu jugak ana duk telalak dengan lagu Salamun Salam. Siap telinga dorang. Tepaksalah pekakkan telinga dengan suara sumbang ana kehkehkeh...tersengih sendiri bila ingat kenangan tu. Rindu plak dengan kak Farhana. Xpe, konvo karang, jumpa balik dengan dorang.
Nie duk menyibuk dengan konvo kakak-kakak senior tahun lepas. Tak sabar-sabar nak konvo lah kot. Xpa, insyaAllah bulan Ogos 2009, ana sendiri yang akan konvo...hehehe
InsyaAllah panjang umur dapatlah hadiri sidang konvo tu nanti.

Tuesday, March 31, 2009

Minggu Penghayatan Islam 09



Minggu Penghayatan Islam (MPI) 2009 telah diadakan baru-baru ini selama 5 hari berturut-turut bermula pada 7 Mac 2009 (Sabtu) dan berakhir pada 11 Mac 2009. Minggu tersebut dipilih sempena menyambut Hari Keputraan Nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w pada 12 Rabiul Awwal 1430 H (09 Mac 09).

Ana tidak terlibat secara langsung dengan mana-mana program sepanjang MPI, tapi saja melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti adik2. Cuba bantu apa yang dapat. Sama-sama tidur pukul 3 4 pagi nak siapkan kerja MPI. Tak banyak yang dapat dibantu, sekadar seadanya yang dapat dilakukan. Cumanya, apa yang penting adalah sokongan moral. Mungkin nampak ia tidaklah seberapa, tapi dengan suasana yang genting, dalam suasana tension & bengang, memang perlukan sokongan dari segi psikologi, supaya kita tidak rasa berseorangan dalam melaksanakan kerja-kerja tersebut. At least, kehadiran teman disisi sedikit sebanyak membantu menguatkan semangat untuk teruskan usaha walau banyak halangan yang datang dengan tiba-tiba.



Alhamdulillah, berkat kesabaran mereka berhadapan dengan karenah manusia, birokrasi, hasil dari keikhlasan mereka-mereka yang mukhlis, program MPI dapat berjalan dengan lancar seperti mana yang telah dirancangkan. Cumanya, memang ada beberapa peristiwa yang telah mencacatkan sedikit sebanyak kelancaran program MPI. Al-maklumlah, selagi mana perkara itu dipegang oleh manusia, selagi itulah kelemahan dan kekurangan itu tetap ada. Tidak sama dengan penciptaan-Nya, perancangan-Nya memang sempurna.

Hari pertama bermula dengan perasmian MPI oleh TNC Prof Fadhzil. Perasmi datang awal dan terpaksa menunggu beberapa ketika sebelum acara bermula. Kesian kat adik-adik, kalut jugak time tu (ana x hadir la coz dah pengsan kat bilik..demam). Malam tu pulak sesi diskusi ilmiah, "Kebangkitan Islam: Tanggungjawab siapa?". Tajuk yang begitu menarik membuatkan ana bersemangat untuk menghadirkan diri. Moderator yang dilantik cukup hebat berkata-kata (heheh..d'orator UNIMAS) membuatkan hadirin hadirat terus memberikan sokongan pada malam tersebut. Ahli panel 3 orang, 2 dari Kuala Lumpur, sorang lagi pensyarah Fakulti Kejuruteraan.

Keesokan harinya lagi diteruskan dengan bermacam-macam aktiviti, street socker, tulisan khat, nasyid, busana muslimah, tilawah & hafazan, dll. Dah x ingat sangat susun atur aktiviti. Yang pasti, malam penutupan MPI telah menjemput AMAR sebagai artis jemputan. Best jugak dapat tengok magic show yang dia buat, subhanalllah, suatu kelebihan yang Allah anaugerahkan pada dia.



Apapun ceritanya, moga usaha ini berterusan dan menjadi tradisi di Bumi Kenyalang nie. Biarlah Islam itu terus mekar seharum semerbak seperti di bumi anbia'. Moga-moga umat Islam di bumi Sarawak ini dapat faham dan amalkan tuntutan Islam sebenar dalam kehidupan seharian, kerana Islam itu memang untuk kita semua dari 'Dulu, Kini, dan Selamanya'. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha ini akan menjadi satu lagi langkah setapak maju ke hadapan dalam usaha mengembalikan sinar gemilang Islam di muka bumi dengan kalimah La ilaha illallah, Muhammad ar-Rasulullah!


Tertangkap jugak akhirnya...

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM 2009(MPI 09 UNIMAS)_ISLAM: DULU, KINI, DAN SELAMANYA

Monday, March 30, 2009

Tingkat Ilmu Tauhid


Dato' Syeikh Al-Haj Zakariah bin Al-Haj Ahmad Wan

Hadnya (Ta'rifnya)
Iaitu ilmu yang dibahaskan ketetapan pegangan kepercayaan kepada Allah Taala dan Rasul-Nya dan kitab-kitab-Nya dan lain-lainnya dengan dalil-dalil yang diyakini.

Maudu' (Tajuk Perbicaraannya)
Iaitu zat Allah dan Rasul-Nya daripada wajib, mustahil dan harus, dan segala yang ghaib yang didengarkan daripada kitab Allah dan perkhabaran Rasul seperti syurga, neraka dan lain-lainnya.

Yang Menghantarnya
Ialah Abu al-Hassan al-Asyari

Namanya
Ilmu tauhid, ilmu usuluddin, ilmu kalam, ilmu sifat, ilmu aqidah, ilmu aqa'id al-iman.

Ghoyah (Kelebihannya)
Membezakan antara aqidah yang benar dengan yang salah.

Hukum Mempelajarinya
Wajib 'aini atas tiap-tiap mukallaf.

Maksud atau Tujuannya
Iaitu beberapa masalah yang tsabit pada ilmu tauhid dengan dalil-dalil.

Istimdad (Tempat keluarnya atau ambilan ilmu ini)
Iaitu daripada al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.

Faedahnya
Ialah mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat

Nisbahnya dengan ilmu yang lain
Ilmu ini ialah asli bagi ilmu agama, ilmu-ilmu yang lain adalah cabang daripadanya.

Tuesday, March 17, 2009

Peluang Hanya Sekali


Peluang tidak akan datang berulang kali. Gunakanlah peluang yang diberi sebaiknya. Manfa'atkan sehabis baik agar kelak kita tidak akan menyesal di kemudian hari. Tapi penyesalan itu terlalu sinonim dengan makhluk yang bergelar insan. Makhluk yang sering alpa.

Kenangan semalam dijadikan pedoman untuk mencipta hari yang lebih baik pada hari ini. Maka beruntunglah mereka yang menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Masa terus berlalu dan usia juga terus berkurangan, semakin menghampiri saat kematian yang telah dijanjikan-Nya. Berdoalah kita selalu moga kematian kita dalam iman yang sempurna.

Sahabat, aku mengasihimu kerana agama yang ada pada mu. Aku menyayangimu kerana kefaqihan agama mu.

Monday, March 16, 2009

Tinta permulaan...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam yang Maha Berkuasa Maha Bijaksana mengatur segala apa yang ada di langit dan di bumi tanpa bantuan dari sesiapa pun. Tuhan yang tidak pernah sekali pun, dan selamanya tidak akan berhajat pada makhluk.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada-Nya, memberi peluang pada kita merasai ni'mat dari-Nya. Terutama sekali ni'mat terbesar iaitu ni'mat iman dan Islam. Hari ini juga, dengan qudrah dan iradah-Nya, kita masih dapat hidup dalam suasana yang boleh dikira aman. Aman dari gangguan fizikal, gangguan peperangan. Bunyian bom nuklear, tembakan M16, jet pejuang, letupan, dan asap pengeboman tidak kita rasai. Entah apa yang bermain di fikiran kita dengan suasana sebegini. Mungkin menambahkan kelalaian kita pada ni'mat duniawi, atau mungkin pada hati-hati yang suci, akan menambahkan keinsafan dalam jiwa, betapa lemahnya umat Islam kini. Umat yang terbaik yang Allah telah janjikan. Umat yang Allah telah angkat darjatnya di sisi-Nya, tapi umat itu sendiri yang menyombongkan diri. Angkuh hingga musuh-musuh Allah berpeluang memijak-mijak umat Islam yang semakin lemah. Lemah lantaran kekuatan cintanya pada dunia.

Janji Allah itu pasti. Islam, satu-satunya agama yang Allah redhai. Agama yang Allah pelihara buat selamanya. Islam pasti akan gemilang lagi.