Monday, March 16, 2009

Tinta permulaan...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam yang Maha Berkuasa Maha Bijaksana mengatur segala apa yang ada di langit dan di bumi tanpa bantuan dari sesiapa pun. Tuhan yang tidak pernah sekali pun, dan selamanya tidak akan berhajat pada makhluk.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada-Nya, memberi peluang pada kita merasai ni'mat dari-Nya. Terutama sekali ni'mat terbesar iaitu ni'mat iman dan Islam. Hari ini juga, dengan qudrah dan iradah-Nya, kita masih dapat hidup dalam suasana yang boleh dikira aman. Aman dari gangguan fizikal, gangguan peperangan. Bunyian bom nuklear, tembakan M16, jet pejuang, letupan, dan asap pengeboman tidak kita rasai. Entah apa yang bermain di fikiran kita dengan suasana sebegini. Mungkin menambahkan kelalaian kita pada ni'mat duniawi, atau mungkin pada hati-hati yang suci, akan menambahkan keinsafan dalam jiwa, betapa lemahnya umat Islam kini. Umat yang terbaik yang Allah telah janjikan. Umat yang Allah telah angkat darjatnya di sisi-Nya, tapi umat itu sendiri yang menyombongkan diri. Angkuh hingga musuh-musuh Allah berpeluang memijak-mijak umat Islam yang semakin lemah. Lemah lantaran kekuatan cintanya pada dunia.

Janji Allah itu pasti. Islam, satu-satunya agama yang Allah redhai. Agama yang Allah pelihara buat selamanya. Islam pasti akan gemilang lagi.

No comments:

Post a Comment