Tuesday, March 31, 2009

Minggu Penghayatan Islam 09



Minggu Penghayatan Islam (MPI) 2009 telah diadakan baru-baru ini selama 5 hari berturut-turut bermula pada 7 Mac 2009 (Sabtu) dan berakhir pada 11 Mac 2009. Minggu tersebut dipilih sempena menyambut Hari Keputraan Nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w pada 12 Rabiul Awwal 1430 H (09 Mac 09).

Ana tidak terlibat secara langsung dengan mana-mana program sepanjang MPI, tapi saja melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti adik2. Cuba bantu apa yang dapat. Sama-sama tidur pukul 3 4 pagi nak siapkan kerja MPI. Tak banyak yang dapat dibantu, sekadar seadanya yang dapat dilakukan. Cumanya, apa yang penting adalah sokongan moral. Mungkin nampak ia tidaklah seberapa, tapi dengan suasana yang genting, dalam suasana tension & bengang, memang perlukan sokongan dari segi psikologi, supaya kita tidak rasa berseorangan dalam melaksanakan kerja-kerja tersebut. At least, kehadiran teman disisi sedikit sebanyak membantu menguatkan semangat untuk teruskan usaha walau banyak halangan yang datang dengan tiba-tiba.



Alhamdulillah, berkat kesabaran mereka berhadapan dengan karenah manusia, birokrasi, hasil dari keikhlasan mereka-mereka yang mukhlis, program MPI dapat berjalan dengan lancar seperti mana yang telah dirancangkan. Cumanya, memang ada beberapa peristiwa yang telah mencacatkan sedikit sebanyak kelancaran program MPI. Al-maklumlah, selagi mana perkara itu dipegang oleh manusia, selagi itulah kelemahan dan kekurangan itu tetap ada. Tidak sama dengan penciptaan-Nya, perancangan-Nya memang sempurna.

Hari pertama bermula dengan perasmian MPI oleh TNC Prof Fadhzil. Perasmi datang awal dan terpaksa menunggu beberapa ketika sebelum acara bermula. Kesian kat adik-adik, kalut jugak time tu (ana x hadir la coz dah pengsan kat bilik..demam). Malam tu pulak sesi diskusi ilmiah, "Kebangkitan Islam: Tanggungjawab siapa?". Tajuk yang begitu menarik membuatkan ana bersemangat untuk menghadirkan diri. Moderator yang dilantik cukup hebat berkata-kata (heheh..d'orator UNIMAS) membuatkan hadirin hadirat terus memberikan sokongan pada malam tersebut. Ahli panel 3 orang, 2 dari Kuala Lumpur, sorang lagi pensyarah Fakulti Kejuruteraan.

Keesokan harinya lagi diteruskan dengan bermacam-macam aktiviti, street socker, tulisan khat, nasyid, busana muslimah, tilawah & hafazan, dll. Dah x ingat sangat susun atur aktiviti. Yang pasti, malam penutupan MPI telah menjemput AMAR sebagai artis jemputan. Best jugak dapat tengok magic show yang dia buat, subhanalllah, suatu kelebihan yang Allah anaugerahkan pada dia.



Apapun ceritanya, moga usaha ini berterusan dan menjadi tradisi di Bumi Kenyalang nie. Biarlah Islam itu terus mekar seharum semerbak seperti di bumi anbia'. Moga-moga umat Islam di bumi Sarawak ini dapat faham dan amalkan tuntutan Islam sebenar dalam kehidupan seharian, kerana Islam itu memang untuk kita semua dari 'Dulu, Kini, dan Selamanya'. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha ini akan menjadi satu lagi langkah setapak maju ke hadapan dalam usaha mengembalikan sinar gemilang Islam di muka bumi dengan kalimah La ilaha illallah, Muhammad ar-Rasulullah!


Tertangkap jugak akhirnya...

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM 2009(MPI 09 UNIMAS)_ISLAM: DULU, KINI, DAN SELAMANYA

No comments:

Post a Comment