Wednesday, August 12, 2009

Bingkisan Fikrah Untuk Pejuang

"dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama-Nya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatnya) Dialah sahaja sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan."



Pemuda, peringkat pertengahan kehidupan. Penuh cabaran, dugaan, dan mehnah dalam perjuangan meneruskan kesinambungan kehidupan menuju matlamat yang telah ditentukan Ilahi. Namun kejernihan fikiran, kemurnian aqidah, kemantapan iman, keterusan amalan, dan keutuhan perjuangan mesti dikongsi bersama insan hamba Tuhan.
Fikrah penentu masa depan, jernih atau keruh sesuatu fikrah menjadi bandingan. Satu perjuangan memerlukan kesatuan fikrah, kesatuan fikrah pula menghasilkan kesatuan amal. Pemimpin menetapkan suatu keputusan, ahli menerima penuh wala' dengan taklifan.
Tamadun moden yang dinikmati banyak menjerumus masyarakat ke lembah kehinaan, justeru tamadun yang memberatkan material yang lompang dari unsur spiritual. Pemuda perlu menggalas tugas mendepani tahaddiyat demi menuju ke satu matlamat yang diredhai Allah.
Kalaulah ada sepuluh pemuda seperti Salehuddin al-Ayubi dan juga Sultan Muhammad al-Fatih, nescaya mereka mampu menggoncang dunia, nescaya Allah pasti akan memberikan kemenangan..

Ustaz Nasrudin Hj. Hassan At-Tantawi

No comments:

Post a Comment